Trip-Trip!

Trip saya tidak sama dengan trip dengan ejen perlancongan yang lain sebab target utama saya adalah keluarga, sekitar 5-8 orang,jadi beberapa perkara anda harus jelas:

  • Pengangkutan - keretapi;Anda boleh lihat dan rasa budaya Jepun di dalam keretapi.
  • Penginapan - Untuk 2-3 orang,hanya sebuah bilik tapi untuk satu keluarga,1 rumah akan disediakan.
  • Makanan - Untuk makan pagi,bahan mentah seperti daging halal dan beras disediakan untuk masak, untuk tengahari,kita akan makan di restoran halal
Untuk sekarang,saya hanya ada 2 jenis trip sahaja; Trip Shopping dan Trip Menarik

TRIP SHOPPING
  1. Fokus utama trip ini ialah membeli-belah.
  2. Sehari 2-3 tempat (Berubah mengikut keupayaan)
  3. Contoh trip;
  • Hari Pertama: Asakusa -> Ueno -> Akihabara
  • Hari Kedua: Machida ->Yoyogi Uehara(Masjid Jame' Tokyo) ->Harajuku ->Shibuya
  • Hari Ketiga: Minami Osawa -> Shinjuku -> Ikebukuro
TRIP MENARIK
  1. Fokus utama trip ini ialah tempat-tempat menarik
  2. Contoh trip;
  • Hari Pertama: Asakusa -> Ueno (Pergi semua muzium di sini)
  • Hari Kedua: Round Tokyo (Tokyo Tower etc)
  • Hari Ketiga: Trick Art Muzium -> Odaiba
  • Hari Keempat: Gunung Fuji
Trip boleh berubah mengikut perbincangan.